About Me

sarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamat datang ke blog saya dan selamat berkenalan. :D sejak seminggu lepas blog ini ditulis, banyak juga orang yang view page about ni. Maknanya, orang nak tau tentang saya la tuuhh..

Tak mahu menghampakan anda, saya ceritakan serba ringkas mengenai diri saya yang biasa2 jek ni. First of all, u all boleh panggil saya Sarah ajer. masih menuntut di sebuah IPTA dan sangat minat dengan blogging dan perniagaan.

Mungkin kerana family saya orang bisness, ‘aura’ tu terkena tempias kat saya juga..huhu. Ya, allahyarham ayah saya merupakan sorag ahli perniagaan juga. Ahli perniagaan yang biasa2 sahaja. Saya masih ingat, sejak saya kecil ayah saya bekerja sebagai penjual ikan dan sayur menggunakan van. Masa tu kecik sangat lagi tak ingat apa sangat…

Kemudian, ayah menjadi pengedar barangan ke kedai-kedai dan juga mengusahakan kedai runcit di rumah. Pada waktu petang pula, ayah berbisnes lain pula..memang rajin arwah ayah. :D

Selepas saya habis darjah 6 (UPSR), saya bersekolah menengah yang agak jauh dari rumah yang memaksa saya tinggal bersama ibu saudara di bandar. Ibu saudara saya juga berniaga restoren, so saya selalu menolongnya selepas habis waktu sekolah. Kalau hari minggu pula, lepas subuh dah bertolak ke kedai..huhu. Nak memberontak, tapi terpaksa la sebab menumpang di rumah orang..kena buat rajin2 sikit. Hihi..

Selepas tamat tingkatan tiga (PMR) dengan keputusan 7A, saya ditawarkan ke sekolah berasrama iaitu MRSM Kuala Terengganu. Kat situ, bila saya cakap saja berasal dari kelantan, ramai kawan2 nak kirimkan baju dan sebagainya sebab Kelantan ni popular dengan barangan yang murah. So, saya bisness lagi…ehehe.

Selepas tamat tingkatan lima (SPM) dengan keputusan 7A, 2B dan 1C saya ditawarkan memasuki Matrikulasi di Kedah iaitu Kolej MARA Kulim. Sama juga halnya di MRSM dulu, cakap jer tinggal di Kelantan, ramailah kawan-kawan akan menempah baju dan sebagainya..rezeki murah..hehe. Beruntung juga jadi orang Kelantan ni. Majoritinya minat bisnes termasuklah diri saya sendiri yang diasuh sejak kecil ni.

Sekarang saya berada di sebuah IPTA dan masih masih berniaga seperti biasa..barang yang sama seperti yang saya jual semasa berada di MRSM dan Matrikulasi dulu. Mula2 masuk U, saya nih tak tau sangat tentang komputer, tetapi bila dah beli laptop dan main hari2, dah expert pulak..hehe. Dulu taktau pun pasal2 interntet ni. Lepas dah pandai main komputer dan internet, mulalah jatuh cinta dengan komputer. Tak boleh tinggal…ke mana pun nak ada laptop.

Dan..pada suatu hari, secara tidak sengaja saya telah subscribe email seorang usahawan internet. Saya banyak menerima email dari dia dan dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Alhamdulillah kerana dia seorang insan yang jujur dan saya telah jatuh hati padanya nasib baik tak jumpa dengan scammer. Hehe..

Ok..dah panjang cerita saya ni. saya sambung lain kali pulak. Opss, lupa nak bgtau, saya masih single..hehe. :D